mengurangkan berat badan semudah 1-2-3.
Perbahasa lama Barat ‘makan sebiji epal sehari, tidak perlu melawati doktor’ umum sudah mengetahui. Tetapi kini rombakan saranan itu terkandung dalam Program 3-epal sehari, ini kerana mampu menyusutkan berat badan sebanyak beberapa paun. Beberapa tahun lepas, di Bandar Wenatchee, Washington, Amerika Syarikat, berat badan penduduk di situ mula susut, bukan disebabkan kurang makan, diet terkini atau pil pelangsingan tetapi melalui perubahan gaya hidup yang mendatangkan hasil cukup mengejutkan.
Seorang wanita susut 19 paun lemak badannya sepanjang 12 minggu. Manakala seorang lelaki pula berjaya susut 35 paun dalam jangkamasa yang sama. Keseluruhannya seramau 346 orang mengikuti program tersebut susut lebih daripada 6,000 paun lemak dalam masa 12 minggu. Bagaimana ia berlaku? Dengan hanya memakan tiga biji Washington Apples sehari, disamping program pemakan dan senaman yang seimbang.
Diilhamkan Pakar Pemakanan Berdaftar
Tammi Flynn, ketika itu menjawat pengarah nutrisi sebuah gim tampatan, menemui formula unik ini. Salah seorang pelanggannya, yang tiada hasil dari program dietnya – malah bertambah lapar disebabkan terpaksa mengurangkan makanan, mengamalakan memakan sebiji epal sebelum setiap waktu makan. Hasilnya, dia berjaya menyusutkan satu setengah paun dalam hanya satu minggu. Flynn mencuba kaedah sama ke atas pelanggannya yang lain dan ia menampakkan hasil yang hebat. Kejayaan saranan itu menyakinkan seramai 346 penduduk Wenatchee, mereka menyertai program diet itu dan memakan lebih daripada 87,000 biji Washington Apples selam 12 minggu. Sepanjang tempoh ini mereka susut sejumlah 6,126 paun lemak.
Program ‘3-Epal-Sehari’ merupakan satu kejayaan
Mudah dan ringkasnya petua saranan program ‘3-Epal-sehari’ menjadikan program ini cara terbaik bagi menyusutkan berat badan. Ia tidak melibatkan diet; sekadar diminta memakan sebiji epal sebelum sarapan, tengah hari dan malam. Disamping itu, pengambilan snek berkhasiat sepanjang hari dan senaman berkala membolehkan penurunan lemak badan. Tiada ‘pakej makanan siap’ mahal untuk anda beli, memadai hanya Washington Apples yang berkhasiat. Ia boleh dibeli pasaraya atau kedai buah-buahan segar berhampiran. Kajian terbaru Universiti California-Davis menyokong peranan epal dalam penyusutan lemak badan. Disebabkan Washington Apples mengandundi banyak fiber – malah sebanyak 4 hingga 5 gram terkandung dalam sebiji epal – ia membantu mengurangkan rasa lapar dan bertindak sebagai peningkat daya susutan lemak. Gula semulajadi dalam epal juga menahan keinginan memakan makanan yang mengandungi kandungan yang tinggi gula prosesnya. Program pemakanan itu, selain dari Washington apples, melibatkan karbohidrat, protein ringkas, buah-buahan dan sayuran dan disertai sedikit kandungan lemak penting.
Contohnya:
Ø Sarapan pagi: telur dadar berkejudan secawan bubur.Ø Makan tengah hari: dada ayam salai dengan brokoli kukus dan setengah cawan beras perang.Ø Makan malam: salad salmon salai.
Oleh kerana buah epal menghimpunkan lebih banyak air di dalam perut, menyebabkan rasa kenyang kekal lebih lama. Suruhanjaya Washington Apples menyarankan orang ramai yang hendak mengurangkan berat badan memakan sebiji epal 30 minit sebelum menjamah makanan bagi mengurangkan kelaparan. Jika mengurangkan berat badan adalah antara azam tahun baru anda, penyelesaiannya semudah 1…2…3 Washington Apples sehari. Tidak mustahil, dengan menuruti program ‘3-Epal-Sehari’ dan menghindari diet ‘popular’, penggantian makanan yang mahal dan kelaparan dipaksa, anda akan mengalami perubahan keseluruhan penampilan anda! Washington Apples kini boleh didapati pasar raya besar dan kedai runcit segar di seluruh Malaysia. Pelbagai pilihan termasuklah Red Delicious, Granny Smith, Fuji, Gala, Golden Delicious, Jonagold, CrippsPink, Btaburn dan Cameo.
1. Bersukan atau bersenaman diantara 30-60 minit setiap hari.
2. Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat ( Hindari makanan dan minuman yang mempunyai gula yg banyak dan masin )
3. Kurangkan jumlah makanan kepada 50% ( Akan tetapi pada hari Sabtu dan Ahad makan lebih sikit )
4. Banyak minum air putih/kosong.
5. Hindari makanan yang terlalu berminyak.
6. Makan lebih banyak ikan dan kurangkan daging.
7. Makan lebih sayur dan buah-buahan.
Akhir sekali, selamat berjuang dan jangan mudah berputus asa. Anda mungkin tergoda untuk mengabaikan sukan atau senaman dan mahu makan lebih. Tetapi kawallah diri anda dan fikirkanlah kebaikannya. Yakin boleh pasti boleh..
Di olah kembali dari Sumber : Majalah Anis ( Mei 2008)
info menarik ni... tq for sharing... :D
BalasPadamkak ita pun copy gak ne...harao tuan tanah tak marah
BalasPadam